Make your own free website on Tripod.com

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SEKOLAH



Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai, Bukit Mertajam diasaskan pada 5hb Januari 1970. Pada masa itu, dikenali sebagai     sekolah Menengah Rendah, Bukit Mertajam. Ketika itu, bangunan rasmi belum siap, pelajar-pelajar terpaksa menumpang di     Sekolah Tinggi Bukit Mertajam pada sebelah petang.

Seramai 717 orang pelajar dari berbilang bangsa ditempatkan di Tingkat satu dan dua. Bilangan guru adalah sebanyak 29 orang     termasuk seorang guru agama Islam dan pengetua Encik A. Gopala Krishnan. Kakitangan guru terdiri daripada seorang pegawai     kerani dan seorang pembantu pejabat.

Pada 4hb Januari 1971, kemasukan pelajar baru mencatat 191 orang, ditempatkan di dua kelas tingkatan peralihan dan tiga kelas     tingkatan satu.

Pada akhir tahun 1973, bangunan baru yang mempunyai 14 buah bilik darjah, 3 buah makmal sains, 2 buah bilik sains rumah tangga,     bengkel seni perusahaan dan kantin siap dibina di Jalan Damai, Bukit Mertajam.

Sejak 7hb Januari 1974, semua pelajar Sekolah Menegah Rendah seramai 620 yang menumpang di Sekolah Tinggi, Bukit Mertajam     berpindah ke bangunan baru.

Pada tahun berikutnya, kemasukan pelajar telah meningkat antara 200-400 orang. Mulai 5hb Januari 1978, kemasukan pelajar dari     sekolah kebangsaan dihentikan oleh pihak Jabatan Pendidikan. Pelajar-pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) untuk kelas peralihan     bertambah.

Pada tahun 1982, sebuah bangunan tambahan 3 tingkat yang mempunyai bilik darjah dan 2 buah makmal sains siap dibina.
    Sebuah lagi bangunan tambahan setingkat yang mempunyai 2 buah bilik darjah telah siap dibina pada tahun 1984.

Mulai 7hb Disember 1989 iaitu sesi persekolahan 1989/1990, kelas Tingkat 4 diwujudkan dengan seramai 104 orang pelajar     ditempatkan di dalam 3 kelas. Pada tahun ini, bilangan pelajar dari tingkatan peralihan hingga tingkatan empatialah sebanyak 1104     orang.

Mulai 3hb Disember 1990, 3 kelas pelajar Tingkatan 5 berjumlah 104 orang.

Sejak 19hb Ogos 1991, nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Jalan Damai, Bukit Mertajam.

Pada 2hb Mac 1992, apabila blok baru bertingkat empat siap dibina, sesi persekolahan ditukar menjadisatu sesi pagi sahaja.

Pada Januari 1994, sebuah kelas sains tulen telah dibuka supaya pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam     PMR dapat meneruskan pengajian di sekolah ini sehingga tingkatan lima.

Mulai Januari 1997, dijadikan semula dua sesi persekolahan kerana bangunan sekolah tidak dapat memuat bilangan pelajar yang
    semakin ramai iaitu 1349 orang.

Pada Januari 2000, pelajar berjumlah 1982 orang dengan bilangan kelas sebanyak 54 buah dan kakitangan akademik seramai 93     orang.

Berikutan pertambahan bilangan pelajar sekolah telah dinaikkan taraf daripada gred B kepada gred A pada tahun 2002.

MAY 2004 SMKJD Online.